Monday, August 23, 2010

~give away~

Assalammualaikum..
Dah lama rasanya aku x update blog aku ni..
Dah bersarang agaknya..

Erm..
Sempena bulan puasa ni aku rasa nak buat giveaway la ...
Tapi dengan satu syarat..
Aku hanya akan buat giveaway ni apabila follower aku mencecah 50 orang...

Jadi kepada sesiapa yang berminat silalah jadi follower ye..
p/s : Tiada paksaan dalam ntry ni k..

Monday, July 26, 2010

~Give away from Tiny Tini Collection~


Bismillahirahmanirahim....
Harap2 aku adalah salah seorang daripada 6 pemenang bertuah yang dicari...
Hadiah yang cukup menarik..
i love craft...
Klik Picture for more information k...

Thursday, July 22, 2010

~Give Away Dari ChanteqShopp~


Give away from chanteqq shop.... very nice item ... instead can use it for hari raya aidilfitri dis year ... Memandangkan xada baju raya tahun ni.. harap2 saya adalah yang paling bertuah.. hahah... MEMANG CHANTEQQQQQQQ~
Klik banner untuk maklumat lanjut yer :)

Wednesday, July 21, 2010

~ANISSWEET CHOCS&CAKES 1ST GIVEAWAY~



Jom sertai contest ni.. Anissweet Chocs&Cakes 1st Giveaway
I love chocs & cupcakes...
Kalo dapat cupcakes tu rasa macam sayang nak makan..
sebab cupcakes sangat cute untuk dimakan :P
Hadiah menarik menanti anda .. rajin2 la klik link ni k ...
Anissweet Chocs&Cakes 1st Giveaway

Monday, June 7, 2010

~Update from Lagenda Budak Setan~

Sorry la coz lambat update pasal Movie yg aku tgok semalam ... Lagenda Budak Setan ... Lepas nonton cite tu aku rasa macam nak g cari je novel Lagenda Budak Setan... Novel ni famous masa aku zaman sekolah menengah dulu.. N know agak susah kalau nak cari novel tu... Erm aku rasa kalo diorang nak keluarkan movie berikutnya aku da dapat jangka apa yang akan jadi kat kasyah.. hehe.. coz aku ada novel bahagian 2 sambungan Lagenda Budak Setan tu... Tajuk dia : Katerina watak yang dilakonkan oleh Fazura... my favourite actress!! huh.. x sabar rasanya nak tgg kemunculan lagenda Budak Setan 2 !! hehe ... Anyway cite ni mmg x rugi la kalo korang g tgok ... bagi yg agak sensitif... jangan lupe bawa lah bekalan tisu secukup nya ok...

Saturday, June 5, 2010

~Lagenda Budak Setan~

Hari ni ...
6 Jun 2010
Nak g tonton wayang
Lagenda budak Setan
Setelah disyorkan oleh ramai rakan
Jangan lupe bawa tisu banyak2
Sedih agaknya..
Ermm..
Xsabar lak rasanya...
Aku akan update lagi malam nanti
Lepas aku balik nonton wayang

Date:6 June 2010
Venue: TGV Sunway Pyramid
Teman:My Beloved BF

Friday, June 4, 2010

~19 Hadis Mengenai Wanita~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w.,Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."